Sunday, December 5, 2010

Mimpi Coklat

Semalam, Cik Ayu mimpi dapat makan coklat, tau... Tapi, apa maksud ada unsur coklat dalam mimpi, ya?


Cik Ayu pun buatlah research sikit..google sana, google sini. Terserempak pulak info kat bawah ni:

"To dream of chocolate, denotes you will provide abundantly for those who are dependent on you. To see chocolate candy, indicates agreeable companions and employments. If sour, illness or other disappointments will follow. To drink chocolate, foretells you will prosper after a short period of unfavorable reverses."

Maksud dia lebih kurang camni: kalau bermimpi hal coklat maknanya kita akan dapat memberi atau menyara orang yang kita jaga dengan selesa. Kalau tengok candy coklat pulak, maksudnya kita senang dengan teman dan pekerjaan. Tapi kalau ada rasa masam, penyakit atau kekecewaan akan tiba selepas tu. Kalau minum air coklat kita akan mengecapi kesenangan selepas beberapa kali terkecewa.

Hmmmm.. ye ke? Apa pun hidup ni ditentukan yang Maha Esa. InsyaAllah, kalau dizinkanNya, murahlah rezeki. Jika sebaliknya, tentu ada hikmah.

Tapi dah tentunya, dalam mimpi mahupun realiti, makan coklat tu memang bessttttt!! Semoga kita dapat menikmatinya lagi pada masa-masa akan datang. Selamat menyambut tahun baru -- Maal Hijrah 1432H :)

Sunday, November 28, 2010

Lollipop ke coklat hmmmm..Chocollipop lah :))


Hahhhh.. ambik kau. Sedulang chocollipop untuk anak-anak buah Cik Ayu buatkan. Sebab parents diorang susah hati gigi rosak, Cik Ayu buatkan yang kecik. Tapi si kenit-si kenit ni pandai.. dia ambik chocollipop ni berulang-ulang heheheheh.. Alah makan coklat pun bukan hari-hari, biarkan je lah (*ni sah Cik Ayu minta hugs and kissess dari anak-anak buah sebab bagi lesen besar..)

Selain dari saiz yang kecik, ada saiz yang lain, corak lain. Macam-macam ada. Tapi yang paling kelasss tengok senyuman di muka tu. Priceless!!

Wednesday, November 24, 2010

Raise Your Hand!

Tiap-tiap hari, ada saja cerita pasal penderaan kanak-kanak. Pukul sana, pukul sini, simbah asid lah, tinggalkan anak dalam tong sampah..bagai. Ni belum lagi penderaan emosi.. ada yang buat anak tu rasa tak ada harga, tak ada masa depan, worthless, good for nothing, stupid. Cik Ayu kalau baca marahhhhh sangattt..

Tapi kita ni sebagai ahli masyarakat, kita boleh main peranan. Kita boleh belajar mempastikan tanda-tanda seorang kanak-kanak tu didera. Kita boleh belajar bagaimana nak tolong menanganinya.  Kempen yang Cik Ayu post kat atas tu boleh jadi langkah pertama. Cik Ayu dah sign up supaya Cik Ayu boleh bantu dengan mula-mula memahami apa itu Child Abuse. Jom kita sign up sama-sama.

Kita jangan komen je. Let's take some action by doing this first step. Let's not let more children fall victim to child abuse. Nip the problem in the bud.. jangan bagi dia melarat.

And then, jom makan coklat!!

Monday, November 15, 2010

Because you are special..

Hari ni Cik Ayu nak kongsi sedikit pengetahuan tentang coklat yang Cik Ayu baru baca kat http://www.ultimatechocolateshoppe.com/ Cerita asal-usul macam mana coklat ni dijadikan hadiah, dijadikan present.

Alkisahnya di zaman Aztec di Amerika Selatan, raja-raja kaum Aztec ni selalu hadiahkan berbagai-bagai bentuk coklat dalam cawan kepada kaum kerabat mereka, pahlawan dan para pengembara sahaja kerana mereka percaya coklat itu amat istimewa - gifts from their gods.  Jadinya, orang istimewa sajalah yang layak mendapat hadiah sedemikian.  Selepas ditawan Sepanyol, makanya "rahsia" coklat ni pun mula tersebar dan, as they say, the rest is history.

Memang pun coklat ni sesuai sangat nak diberikan kepada orang yang istimewa sebagai tanda kasih sayang, hormat dan cara tunjuk kita appreciate seseorang tu.


Coklat Teddy Bear ni sesuai sangat nak beri kat si manja atau pun yang manja-manja dengan kita. Mesejnya apa lagi.. you are so cute and adorable!!




Yang berisi oreo ni sesuai kalau kita nak cakap kat orang yang dia tu special sangat di hati kita. Ha...amacam? Macam mana pulak cara anda nak mengekspresikan rasa hati anda dengan coklat?

Saturday, November 6, 2010

Let's celebrate!

Dah nak dekat-dekat cuti sekolah ni macam-macam celebration ada. Farewell party lah, birthday party lah, nak get ready majlis bertunang lah, majlis perkahwinan.. macam. Cik Ayu memang suka celebrations.. hendaknya ada pulak coklat kan..?


Coklat yang ini Cik Ayu sediakan untuk dorm party di sebuah sekolah asrama penuh. A very caring father pesankan untuk anak gadisnya. Harap-harap suka, ye!


Yang gambar-gambar cartoon ni untuk si kecik la... suka sangat sebab ada macam-macam cartoon characters kegemaran mereka. Berebut-rebut nak pilih mana satu :)


Yang ni very special - dari hati ke hati gitu. Nampak tak Cik Ayu susun bunga rose pink kat tengah tu macam bentuk hati. Oooh la la.. love is in the air.

Ini sebahagian idea Cik Ayu. Tapi kalau anda ada idea tersendiri yang ingin anda realisasi kan, jemput lah cerita kat Cik Ayu. Boleh Cik Ayu tolong buatkan. Okay?

Saturday, October 30, 2010

Cik Ayu's choc making class for kids

Over pulak ada 2 posting dalam satu malam. Tapi, tak pe sebab Cik Ayu excited nak share.

Ini gambar-gambar dari kelas yang Cik Ayu anjurkan dalam pertengahan tahun ni. The students were aged from 5 yrs-old to 12. Yang kecik sangat tu diteman ibu masing-masing. Cik Ayu ajar mereka buat Chocolipops.. alah, secara ringkas, chocolate yang berbentuk macam lolipop. Dua jenis chocolipop yang students ni buat - satu dihias dalam mould dan lagi satu, dihias selepas keras chocolate atas batang lolipop.













Kelas ni makan masa dalam 3 jam. Cik Ayu adakan di rumah Cik Ayu di Segambut. Setiap peserta dapat makan coklat dan bawa balik lagi! Semua gembira dengan hasil tangan masing-masing. Cik Ayu bekalkan resipi jugak..kot-kot nak buat kat rumah. For each kid, Cik Ayu charge RM50. Kalau ibu ikut participate, Cik Ayu charge RM80 for package ibu dan anak.

Kelas ni tak semestinya buat kat rumah Cik Ayu. Kalau suka kumpulkan beberapa orang, Cik Ayu boleh ke rumah anda. SMS lah Cik Ayu, ye!

Daun, Bunga, Buah dan Hati

Inspired by nature.. coklat berbentuk daun.


Cokelat dari hati niii... tempahan untuk hantaran. Dalamnya ada hazelnut, special request from bakal pengantin perempuan. Box contains 35 pieces - dengan kotak RM40. Warna dan perasa sesedap rasa si pemesan :)


1 Box RM 20/26 biji
Minimum Order 2 box

Yang ini nak dibuat doorgift.
Ya lah..cenderahati untuk tetamu yang sudi hadir.