Monday, May 23, 2011

On Your Wedding Day...


Buah jambu tiga serangkai
Hanyut sebutir ke tanah jawa
Apa ilmu cik adik pakai
Makin dipandang makin ketawa

Kelat pisang kelat
Punggah budu tahi lalat
Batu pisang batu
Cuma adik hanya yang satu


Alah emak kahwinkan aku
Alah emak kahwinkan aku


Wuhaiiii..tak lama lagi paluan kompang riuh rendahlah berkumandang.. Musim kenduri kahwin dah tiba! Zaman ni kalau majlis perkahwinan sungguh sophisticated..hendak-hendaknya orang tengah gila ambil semangat majlis Prince William dan Kate Middleton tempoh hari tu.

Cik Ayu suka kenduri zaman dulu-dulu..sungguh klasik. Macam zaman arwah bonda Cik Ayu diijab kabul dulu. Cantik tak foto-foto lama di atas? Sungguh nostalgia kan... Zaman belum ada katering, wedding planner dan lain-lain lagi..

Tapi zaman dah berubah. Orang sekarang dah tak ada masas dah buat semua sendiri.. Semua nak pertolongan..kadang-kadang sampai tahap bantuan kecemasan!! Cik Ayu faham sangat situasi ni. Baru je hari tu Cik Ayu tolong buat coklat untuk hantaran pertunangan. Bakal tunangan orang tu agak kelam kabut tapi, Alhamdulillah, dapat bawakkan coklat untuk dibawa ke rumah buah hati.


Yang ini pulak nak dibawa dalam dulang semasa majlis nikah. Semoga pengantin pengantin dua sejoli ini sentiasa manis seperti coklat yang Cik Ayu sediakan untuk mereka.


Eee..tak sabar Cik Ayu penuhi semua jemputan majlis perkahwinan yang akan berlangsung tak lama lagi. Seronok sangat.. sama seronok dan thrill makan coklat!

Saturday, May 14, 2011

To Sir With Love

Pernah tak dengar pasal lagu atau wayang "To Sir With Love"?  Cuba google sikit..dapat tak? Haaa..ini wayang British zaman 1967 mengisahkan kesungguhan seorang guru yang berusaha mendidik anak-anak muridnya yang sangaaaattttlah bertuah. Macam-macam kepayahan tetapi ada yang sedar tentang niat ikhlasnya akhirnya..Lagu dia pun sedap..Cuba google!

Cik Ayu ni bukan apa .. Sempena Hari Guru yang akan disambut besok, Cik Ayu terkenang segala jasa orang-orang yang telah mendidik Cik Ayu sepanjang hayat ini..


Dari guru segala guru, arwah Bonda Cik Ayu yang amat Cik Ayu rindui, sehinggalah cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, sekolah menengah (maaf saya nakal, cikgu..) dan pensyarah-pensyarah di universiti. Sampai kini pun Cik Ayu masih berguru - cikgu buat coklat, cikgu ajar berniaga, cikgu IT, cikgu networking, cikgu mengaji dan ramai lagilah.. Sesungguhnya hidup ni is like a long lesson kan..?

Jadi, di sini Cik Ayu mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang pendidikan. Anda memang hebat! Dan jangan sesekali kecewa dalam usaha anda sebab sekiranya anda give up..apa nak jadi dengan semua yang lain ni!!

Untuk kesekian kalinya, sila bangun murid-murid...Terima Kasih, Cikgu :)))

(Coklat Hari Guru di atas adalah tempahan Puan Nora. Anda ingin buat tempahan untuk cikgu anda? SMS Cik Ayu ok..)

Monday, May 9, 2011

Trip to TKC Part II

Cik Ayu nak sambung cerita lagi lah tentang trip Cik Ayu ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di Seremban Mei 1 lalu.

Pada pagi Mei 1 tu, Cik Ayu sebenarnya keluar dari rumah selepas Subuh bersama kakak Cik Ayu dan terus menuju ke Kajang untuk berkonvoi dengan rakan-rakan seperkolahan kakak. Kami menyelusuri Hiway LEKAS yang aman nyaman dan damai.

Yang hebatnya salah seorang dari geng konvoi bawak anak-anaknya - seorang lelaki dan seorang perempuan. Bayangkan dalam 7.05am dah siap mandi, pakai baju cantik dan rambut tersisir rapi dalam kereta tanpa complain.. hebat! Hebat maknya dan hebat anak-anaknya.


Si anak bujang, Haziq namanya, siap tolong Cik Ayu promosi coklat lagi lepas kami semua sampai di TKC. So sweet..
Macam-macam coklatlah ada. Dan sambutannya..Alhamdulillah..

Of course, Haziq, ibu dan adiknya tak lah duduk dengan Cik Ayu kat gerai coklat aje. Mereka bersama semua pengunjung kat TKC hari itu habis jelajah kawasan sekolah tu. Nampak ibu-ibu dan semua rakan-rakan ibu semua excited. Anak-anak pulak turut teruja dan tak ada yang meragam..senyum Cik Ayu tengok..

Syabas kepada ibu-ibu yang berjaya mendidik anak-anak yang baik, sporting dan memahami!

(Nota: Gambar di atas adalah hasil fotografi Dr Noor Hafiza, ibu Haziq, yang menyambut hari ulang tahunnya hari ini)

Monday, May 2, 2011

Trip to TKC


Ahad lepas, May 1, Cik Ayu berpeluang ikut kakak Cik Ayu ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Alah..Tunku Kurshiah College (TKC) yang ramai melahirkan wanita-wanita hebat di negara ini. Teruja Cik Ayu sebab tak pernah menjejak kaki ke Bukit Merbah di mana letaknya TKC.


Cik Ayu ke sana sebab nak sama-sama meraikan sambutan OGA day mereka. Old Girls' Association. Adalah sikit buah tangan Cik Ayu bawak untuk Old and Current Girls merasa. Seronok betul tengok sambutan adik-adik dan kakak-kakak terhadap coklat yang ada tulis TKC tu.


Tak kurang jugak beli yang membeli coklat pelbagai rasa untuk dikongsi bersama kawan-kawan serta dibawa pulang untuk sang suami dan anak-anak yang sporting biarkan Mama nya berjumpa kawan-kawan lama tu. Maklumlah, khabarnya ini kali terakhir OGA day akan diraikan di Seremban. Lepas ni kat Nilai pulak.

Lepas pergi pesta macam ni, Cik Ayu rasa kalau pergi hari terbuka kat sekolah lain pun ok jugak. Ada sesiapa nak ajak Cik Ayu tak?

(Nota: Gambar Dewan TKC itu adalah hasal fotografi Puan Huda Shidi)