Monday, August 22, 2011

Hai Selamat Hari Raya..


Bulan Ramadhan hampir ke penghujungnya dan Syawal pun bakal menjelma. Terima kasihlah kepada yang banyak memberi sokongan kepada Cik Ayu serta yang membuat tempahan. Memang bersemangat Cik Ayu puasa kali ini mengenangkan amanah korang semua. I love you all!

Untuk itu terimalah kad raya comel ini.. (kalau tenung-tenung betul, ada iras Cik Ayu tak?? hehe) Dengan ini Cik Ayu ingin ucaapkan semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih bermakna lagi buat kita semua!

Tuesday, August 9, 2011

A Sweet Syawal..

Salam Ramadhan semua!

Cik Ayu happy sangat hari ini kerana ..jeng! jeng! jeng!..hari ini Cik Ayu akan tunaikan janji Cik Ayu tempoh hari: kemunculan Coklat Istimewa Hari Raya Aidilfitri 2011.


Bentuknya bunga mawar atau pun ada orang suka panggil bunga rose. Memanglah kalau pergi ke rumah sanak saudara, rakan taulan di musim perayaan, hati kita berbunga-bunga..apa orang kata? Dalam hati ada taman? Ewah.. Coklat yang cantik ini sedap dan ada kelainan untuk dihidangkan kepada para tetamu kan...

Sepanjang Ramadhan dan Syawal, Cik Ayu ada sikit promosi untuk Coklat Istimewa Hari Raya Aidilfitri 2011.  Pembelian 1 kotak - RM25, 2 kotak - RM45 dan 3 box RM65....

Perisa dan filling coklat ada 6 jenis: kacang almond, perisa apple, perisa nenas, perisa strawberi, perisa oren dan perisa bluberi. Kalau tak nak perisa pelbagai, Cik Ayu boleh buatkan satu perisa sahaja untuk 1 kotak. Pilih aje perisa kegemaran anda.

Jangan malu-malu nak SMS Cik Ayu unutk buat tempahan ya. Penghantaran sekitar Lembah Kelang bagi pembelian melebihi 2 kotak adalah percuma . Luar dari Lembah Kelang, caj penghantaran akan dikenakan. Jangan lepaskan peluang ini...!

Tuesday, July 26, 2011

Coming soon..Coklat Hari Raya special!

Apa khabar semua? Haaa... bulan Julai nak berakhir, Ogos bakal menjelma. Maknanya Ramadan juga bakal menjelma. Dah bayar hutang puasa ke.. Alhamdulillah, Cik Ayu sudah. Tak sabar menanti bulan puasa tiba.

Dah nak puasa ni, ramai tanya Cik Ayu: Ada Coklat Raya Special tak? Jawabnya ADA. Tapi Cik Ayu belum sempat nak ambil gambar lagi. Memang special, sesuai buat tangan menziarah sanak saudara. Ada kelainan, selain dari beri kuih-muih raya.

Sementara nak menunggu gambar Coklat Raya Special Cik Ayu, tengoklah Kek Kukus Kak Ngah ni.
Yang ini memang tak ada coklat tapi mmmm..lazat. Tak berapa manis, moist, lembut. Sekali cuba nak lagi, I tell you.. Kak Ngah Cik Ayu ni memang pakar bab memasak. Katanya, kek ni beratnya 500g. Kalau beli 1 harganya RM25; beli 2 harganya RM45. Wow, bestnya! Nak order, boleh order dengan Cik Ayu ye...

Kalau dah order kek, tapi masih kepingin coklat dan tak sabar tunggu yang Raya special punya, boleh lah tengok-tengok yang koleksi hadiah Cik Ayu sperti di bawah ni..
Yang ini, sentiasa terbuka untuk tempahan tau..

Okaylah, anda mesti sibuk kan.. nak kejar hujung minggu ni. Cik Ayu pun.. nanti kita jumpa lagi ye. Tata!!

Thursday, July 7, 2011

Separuh Masa Kedua!!

Alamak...sedar tak sedar, dah habis setengah tahun. Cik Ayu dah lama betul tak menjengah ke sini kan? I'm so sorry, my darlings... Cik Ayu sibuk macam anda jugak. Hadirkan diri ke kenduri dan majlis sepanjang bulan Jun. Diselang-selikan menyiapkan tempahan coklat..

Tempahan coklat pulak bukan terhad kepada kenduri-kendara. Alhamdulillah, ada jugak berunsur korporat. Contohnya, yang ini:
Coklat ni berikan sebagai door-gift kepada peserta majlis. Siap ada logo penganjur lagi. Seronok kan kalau pergi majlis seperti dan dapat coklat yang eksklusif untuk peserta saja?

Sama juga dengan coklat ini:
Ini khas ditempah untuk peserta pertandingan bowling, di mana pesertanya semua alumni sekolah yang ternama. Interbatch bowling -- dah makan coklat baru bertenaga dan bersemangat, tak begitu?

Dah masuk separuh masa kedua ni (ewah..Cik Ayu cakap macam orang main bola lah pulak...), Cik Ayu nak concentrate coklat untuk raya lah pulak. Tapi tu story hari yang lain yerr..TUNGGU!!

Saturday, June 4, 2011

You sweet thing..

Tengah buat apa tu.. tengah bercuti atau sedang bersiap-siap ke kenduri kahwin? Cik Ayu musim macam ni sibuk sangat.. mana yang ajak kita makan, mana yang nak ajak kita temankan, yang ajak kita tolong buatkan kek pun ada..

Apa? Cik Ayu buat kek?
Iye... mengapa? Tak percaya? Tapi Cik Ayu bukan buat sebarang kek tau.. Cik Ayu buat Kek Batik!


Kek Batik ni ramai dah lupa. Antara bahannya ialah Biskut Marie dan coklat. Susun-susun Biskut Marie dan jadilah ia seperti pattern Batik. Dan sebab kek yang dipesan unruk kenduri kahwin, Cik Ayu buatkan bentuknya bentuk hati -- LoVe!! Sesuailah diletak dalam dulang untuk si mempelai yang manis.. semanis Kek Batik ini..



Yang bentuk empat segi pun ada. Juga diselaputi topping coklat dan hati-hati berwarna-warni dan hiasan-hiasan yang comel. Aduh..manisnya, kan?

Monday, May 23, 2011

On Your Wedding Day...


Buah jambu tiga serangkai
Hanyut sebutir ke tanah jawa
Apa ilmu cik adik pakai
Makin dipandang makin ketawa

Kelat pisang kelat
Punggah budu tahi lalat
Batu pisang batu
Cuma adik hanya yang satu


Alah emak kahwinkan aku
Alah emak kahwinkan aku


Wuhaiiii..tak lama lagi paluan kompang riuh rendahlah berkumandang.. Musim kenduri kahwin dah tiba! Zaman ni kalau majlis perkahwinan sungguh sophisticated..hendak-hendaknya orang tengah gila ambil semangat majlis Prince William dan Kate Middleton tempoh hari tu.

Cik Ayu suka kenduri zaman dulu-dulu..sungguh klasik. Macam zaman arwah bonda Cik Ayu diijab kabul dulu. Cantik tak foto-foto lama di atas? Sungguh nostalgia kan... Zaman belum ada katering, wedding planner dan lain-lain lagi..

Tapi zaman dah berubah. Orang sekarang dah tak ada masas dah buat semua sendiri.. Semua nak pertolongan..kadang-kadang sampai tahap bantuan kecemasan!! Cik Ayu faham sangat situasi ni. Baru je hari tu Cik Ayu tolong buat coklat untuk hantaran pertunangan. Bakal tunangan orang tu agak kelam kabut tapi, Alhamdulillah, dapat bawakkan coklat untuk dibawa ke rumah buah hati.


Yang ini pulak nak dibawa dalam dulang semasa majlis nikah. Semoga pengantin pengantin dua sejoli ini sentiasa manis seperti coklat yang Cik Ayu sediakan untuk mereka.


Eee..tak sabar Cik Ayu penuhi semua jemputan majlis perkahwinan yang akan berlangsung tak lama lagi. Seronok sangat.. sama seronok dan thrill makan coklat!

Saturday, May 14, 2011

To Sir With Love

Pernah tak dengar pasal lagu atau wayang "To Sir With Love"?  Cuba google sikit..dapat tak? Haaa..ini wayang British zaman 1967 mengisahkan kesungguhan seorang guru yang berusaha mendidik anak-anak muridnya yang sangaaaattttlah bertuah. Macam-macam kepayahan tetapi ada yang sedar tentang niat ikhlasnya akhirnya..Lagu dia pun sedap..Cuba google!

Cik Ayu ni bukan apa .. Sempena Hari Guru yang akan disambut besok, Cik Ayu terkenang segala jasa orang-orang yang telah mendidik Cik Ayu sepanjang hayat ini..


Dari guru segala guru, arwah Bonda Cik Ayu yang amat Cik Ayu rindui, sehinggalah cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, sekolah menengah (maaf saya nakal, cikgu..) dan pensyarah-pensyarah di universiti. Sampai kini pun Cik Ayu masih berguru - cikgu buat coklat, cikgu ajar berniaga, cikgu IT, cikgu networking, cikgu mengaji dan ramai lagilah.. Sesungguhnya hidup ni is like a long lesson kan..?

Jadi, di sini Cik Ayu mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang pendidikan. Anda memang hebat! Dan jangan sesekali kecewa dalam usaha anda sebab sekiranya anda give up..apa nak jadi dengan semua yang lain ni!!

Untuk kesekian kalinya, sila bangun murid-murid...Terima Kasih, Cikgu :)))

(Coklat Hari Guru di atas adalah tempahan Puan Nora. Anda ingin buat tempahan untuk cikgu anda? SMS Cik Ayu ok..)

Monday, May 9, 2011

Trip to TKC Part II

Cik Ayu nak sambung cerita lagi lah tentang trip Cik Ayu ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di Seremban Mei 1 lalu.

Pada pagi Mei 1 tu, Cik Ayu sebenarnya keluar dari rumah selepas Subuh bersama kakak Cik Ayu dan terus menuju ke Kajang untuk berkonvoi dengan rakan-rakan seperkolahan kakak. Kami menyelusuri Hiway LEKAS yang aman nyaman dan damai.

Yang hebatnya salah seorang dari geng konvoi bawak anak-anaknya - seorang lelaki dan seorang perempuan. Bayangkan dalam 7.05am dah siap mandi, pakai baju cantik dan rambut tersisir rapi dalam kereta tanpa complain.. hebat! Hebat maknya dan hebat anak-anaknya.


Si anak bujang, Haziq namanya, siap tolong Cik Ayu promosi coklat lagi lepas kami semua sampai di TKC. So sweet..
Macam-macam coklatlah ada. Dan sambutannya..Alhamdulillah..

Of course, Haziq, ibu dan adiknya tak lah duduk dengan Cik Ayu kat gerai coklat aje. Mereka bersama semua pengunjung kat TKC hari itu habis jelajah kawasan sekolah tu. Nampak ibu-ibu dan semua rakan-rakan ibu semua excited. Anak-anak pulak turut teruja dan tak ada yang meragam..senyum Cik Ayu tengok..

Syabas kepada ibu-ibu yang berjaya mendidik anak-anak yang baik, sporting dan memahami!

(Nota: Gambar di atas adalah hasil fotografi Dr Noor Hafiza, ibu Haziq, yang menyambut hari ulang tahunnya hari ini)

Monday, May 2, 2011

Trip to TKC


Ahad lepas, May 1, Cik Ayu berpeluang ikut kakak Cik Ayu ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Alah..Tunku Kurshiah College (TKC) yang ramai melahirkan wanita-wanita hebat di negara ini. Teruja Cik Ayu sebab tak pernah menjejak kaki ke Bukit Merbah di mana letaknya TKC.


Cik Ayu ke sana sebab nak sama-sama meraikan sambutan OGA day mereka. Old Girls' Association. Adalah sikit buah tangan Cik Ayu bawak untuk Old and Current Girls merasa. Seronok betul tengok sambutan adik-adik dan kakak-kakak terhadap coklat yang ada tulis TKC tu.


Tak kurang jugak beli yang membeli coklat pelbagai rasa untuk dikongsi bersama kawan-kawan serta dibawa pulang untuk sang suami dan anak-anak yang sporting biarkan Mama nya berjumpa kawan-kawan lama tu. Maklumlah, khabarnya ini kali terakhir OGA day akan diraikan di Seremban. Lepas ni kat Nilai pulak.

Lepas pergi pesta macam ni, Cik Ayu rasa kalau pergi hari terbuka kat sekolah lain pun ok jugak. Ada sesiapa nak ajak Cik Ayu tak?

(Nota: Gambar Dewan TKC itu adalah hasal fotografi Puan Huda Shidi)

Thursday, April 28, 2011

What a feeling!

Hari Ibu bakal mengunjung..
Siapa tak sayang ibu kan? Dialah tempat kita berteduh, tempat kita mengadu, teman di kala suka, teman di kala duka dan..ah, banyak lagi lah.. Hanya segelintir je ibu yang tak ada sifat keibuan, yang lain tu semua the bestestestest mom in the world..

Apa kata anda luahkan rasa kasih sayang yang berbunga-bunga untuk sang ibu (tak semesti mak kita je..kakak, isteri, adik, mak sedara, mak angkat, bakal ibu - kira semua boleh lah) dengan hadiah coklat. Bayangkan suapkan ke mulutnya dengan penuh kasih sayang.


Coklat ni pun ada filling lain-lain tau. Kira ikut mood jugaklah. Ada rasa apple, ada rasa oren, bluberi, strawberi, macam-macam lah.


Yang isi oreo, kacang pelbagai..
Apa kegemaran sang ibu? Beli lah yang ibu suka sebab ini hari istimewa dia!! Kan ibu ratu hati :))

Monday, April 18, 2011

Make It Personal!

Memang seronok dapat hadiah kan??
Lebih-lebih lagi bila hadiah itu unik.. dibuat khas untuk anda. Kalau cari kat kedai pun tak ada yang sama..
Lepas tu dia punya presentation pulak digubah khas untuk anda..wah! tentang kembang je rasa rasa di hati tu kan??!

Kalau berikan hadiah coklat pun harus begitu. Di bawah sini, ada beberapa gubahan hadiah coklat yang Cik Ayu sediakan. Yang rupa strawberi, berperisa strawberi..





Yang ini pulak white chocolate dan dark chocolate..



Yang macam kerang pun ada..


Pasti yang menerima tu senyum memanjang!

Tuesday, March 8, 2011

It's March already??!!

Pejam celik, pejam celik..dah masuk bulan ketiga tahun ni. In fact, dah nak masuk cuti sekolah! Cepatnya masa berlalu. Ya lah kan... time flies when you're having fun.

Talking about fun, Cik Ayu dok surf Internet ni terjumpa lah cerita pasal  The Festival of Chocolate  yang baru berlangsung kat Orlando Science Center di Florida pada  5 dan 6 Mac baru-baru ni. You know, over 11,000 Chocoholics attended the event!





Apa ada kat sana? Macam-macam ada..
There were tastings and Sales of Gourmet Chocolate, Cookies, Brownies, Cakes, Cupcakes, Chocolate Drinks.. Kids had the "Kids-4-Chocolate" Creative Workshop area with creative chocolate crafts. Yang syoknya ada semonstrations by Award-Winning Pastry Chefs.

There was even an Educational Chocolate Museum featuring Chocolate Production, History of Chocolate, Chocolate Trends, Chocolate and Health, etc. And the highlight was a "Best of" Chocolate Indulgence Competition Awarding the Best of the Best in Six Chocolate Categories. Bagus kan kalau kat sini pun ada?

Tapi, apa-apa hal pun kalau terliur nak coklat tu cuba tengok coklat yang Cik Ayu buat baru-baru ni.. Kelasss ke tak coklat warna biru dan putih..?? Hehehe..saja Cik Ayu gurau-gurau :)


Yang lagi satu ni pulak berbentuk kerang. Yang terima tu mesti dok tersengih macam kerang dah masak..nak kata kerang busuk macam tak sesuai pulak sedap dapat hadiah kan.

                                          

Oklah, you all, harap-harap dapat inspirasi nak makan coklat atau nak hadiahkan coklat. Kalau nak suruh Cik Ayu buatkan calling-calling lah ye.. Kepada yang akan bercuti tak lama lagi, Selamat Bercuti!!

Monday, January 3, 2011

Happy New Year

Walaupun dah masuk hari keempat tahun 2011 ni, Cik Ayu tetap nak ucapkan "Selamat Tahun Baru"!! Ha... rasa-rasa selamat tak? Insyaallah...

Semasa nak penutup 2010 dan pembuka 2011 baru-baru ni, Cik Ayu cukup sibuk menyediakan coklat untuk pelbagai majlis. Ada majlis korporat..

Ada majlis bertunang...


Majlis aqiqah pun ada..


Fushhh..cukup meriah!

Cik Ayu harap-harap semua yang dapat hasil tangan Cik Ayu puas hati dan gumbira dengannya hendaknya. Cik Ayu pun gumbira membuat coklat tu, maklumlah..dibuat dengan rasa kasih sayang..

Oklah, tahun baru ni Cik Ayu nak ucapkan kepada semua agar berjaya, berjaya dalam apa bidang pun -- dalam kerjaya, keluarga, sukan, bercinta, pelajaran..semualah. Dan bila happy-happy tu..raikan dengan makan coklat!!